Assalamualaikum dan selamat sejahtera salam sehati sejiwa salam satu Malaysia.
Selembar benang lama-lama jadi kain bak kata orang. Kita boleh simpulan atau buat andaian mengikut kepercayaan dan adat kita sendiri. Tiapa siapa pun yang boleh pertikaikan bagaimana kita definisikan atau point of view mana pun yang kita ambil. Tiada betul dan salah. Jangan baloh! bak kata ore kelate.
Selembar benang lama-lama jadi kain. Macam juga sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Ianya membawa maksud, menurut point of view saya, tak kisah luas atau sempit, semua wajib menghormatinya, benda yang sedikit akhirnya akan membawa kepada perkara yang lebih besar. Sebutir pasir apabila kita kumpul dalam suatu jangka yang panjang, akan jadi bukit pasir jua.
Begitulah juga dengan adat. Suatu adat itu dibawa turun-temurun dari seorang tunggul atau kepala bapak atau ketua atau pemimpin atau ayah dan ibu atau pemula atau apa-apa sahaja yang kita panggil. Cara kita bercakap. Cara kita bergaul. Cara kita bekerja. Cara kita bersantun. Cara kita menyahtinja dan pelbagai 1001 perkara lagi.
"Aiii... takder keturunan aku yang togok air sambil berjalan!" laung seorang lelaki.
Keturunan. Apa sahaja nilai atau value dalam keluarga dibawa dari keturunan yang di atas sehingga sekarang dan seterusnya diwarisi sehingga berbelas-belas keturunan. The problem is... bukan semua bawaan keturunan itu bagus atau betul. Apa salah kita betulkan dan improve value dalam keturunan kita untuk kebaikan yang lebih baik dalam keluarga.
"Laki aku kalau aku masal masak lomak cili api, tambah nasik berpinggan-pinggan!" gah sang isteri.
Ye makcik... kalau dihidang hari-hari makanan bersantan dan tiada memeluhkan badan si suami itu, maka ada kemungkinan kena sakit jantung kerana santan or fat yang melekat di celah-celah arteri. Juga, berpinggan-pinggan nasi itu boleh diterjemahkan kepada diabetes! Itukah keturunan yang ingin kita cipta? Begitu juga dengan mengacau air kopi yang hitam likat melekat yang mesti dipadukan dengan 3 atau 5 sudu besar gula. Kalau tak, pahitlah dan tidak sedaplah. Kalau dijadikan amalan dan diturunkan zaman-berzaman. Maka berketurunan pula pesakit diabetes. Na'uzubillah.
Sedarkah kita, generasi kita, keturunan kita sekarang, dengan ilmu dan pengetahuan yang melimpah ruah yang boleh didapati hanya dengan memetik hujung jari, bahawa, ada perkara-perkara bawaan keturunan ini tidak harus atau wajib diteruskan oleh generasi sekarang dan seterusnya? Kita boleh membentuk a new breed of citizen. Tapi ianya mesti berlaku sekarang!!! Bukan esok, minggu depan atau tahun depan! Perubahan mesti berlaku sekarang!
Kalau sejak datuk kita lagi dok isap rokok, turun kepada bapak dan sekarang anak, better kita mesti stop! Kalau sejak dulu lagi datuk atau moyang kita pergi bercedung atau menangkap ikan, kita mesti menyambung sinambungan itu kerana ianya dapat menyihatkan badan. Apa yang baik itu kita teruskan. Apa yang mendajjalkan itu kita tinggal. Biarlah the latter generasi kita itu semua budak-budak baik dan keturunan baik. Generasi sihat, rajin, tidak berpenyakit dan sebagainya.
TUKAR! KITA MESTI TUKAR! Cara kita, apa kepercayaan kita tapi yang penting, jangan tukar semua itu sehingga ianya menukar akidah kita! Agama Islam tetap dijunjung dan dijulang!.
Imprintkan apa sahaja yang positif dan biarnya ianya menular dalam keturunan kita yang baru pula. Biar keturunan kita yang kemudian ini lebih baik. Dari segi emosi, jasmani, akal dan rohani.
P/S - Megat lapar... jom kita makan.