Good morning to all.
Ada tak dalam fikiran kita, pernah terlintas, bagaimana orang di sekeliling kita berjaya, sangat berjaya, biasa-biasa, gagal dan sangat gagal?
Pernah kita BERFIKIR atau MALAS NAK FIKIR mengapa semua itu berlaku? Pernahkah kita semak diri kita, analisis diri kita, mengapa kehidupan kita ada yang kita berjaya melakukan sesuatu dan ada yang kita tak berjaya melakukan sesuatu.
Kalau kita imbau kembali zaman sekolah, kita dilabel sebagai pandai atau tak pandai adalah kerana pencapaian kita dalam peperiksaan. Senarionya ialah, Cikgu mengajar apa yang kita tak tahu kepada tahu dan kita diuji supaya kita ini betul-betul dapat atau tahu. Pandai atau tidak pandai. Dan sekiranya kita dapat markah yang tinggi maka kita dikata budak yang pandai. Jika tidak, kita akan dilabel, budak yang kurang pandai. Semua ini adalah berdasarkan kepada peperiksaan.
UPSR, 2A 2B 1C sahaja. PMR, 5A, 3B, 1D. Tahniah! dan SPM 1A, 1B, 5C, 1D, 1E, 1G. Mengapa masa ambil UPSR kita dapat keputusan begitu? Mengapa pula ketika PMR meningkat dan tiba-tiba SPM kembali teruk? Pernahkah kita terfikir? Jawapan orang kampung seperti kita, kita tak usaha lebih. Kita tak baca buku. Kita malas dan pelbagai lagi jawapan yang semuanya kurang tepat!
Adilkah bagi kita untuk mengutuk dan mengata mereka yang kurang berjaya sebagai malas? Dan yang paling penting, bolehkah kita kata bahawa budak ini MEMILIH untuk kurang berjaya! Setuju?
Jika sentiasa budak-budak MEMILIH untuk berjaya, maka mereka akan MEMILIH untuk meninggalkan segala kerja yang membantutkan kejayaan. Bolehkah anda boleh faham dan terima?
Sebagai rumusan, atas muka dunia ini, semua gerak laku kita ini berdasarkan atas PILIHAN kita. Apa yang terjadi kepada kita pada masa akan datang, adalah daripada PILIHAN kita sekarang.
p.s. - Megat lapar... belum makan lagi.
Saturday, April 2, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment