Wednesday, April 6, 2016

The Power of Dhuha

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Entry kali ini sangat ringkas tapi harap dapat menggegarkan dunia! :)

Semua orang Islam patut tahu tentang Solat Sunat Dhuha. Ianya dilakukan selepas waktu syuruq. Dan rapat sampai ke tengahari. Saya pasti tuan-tuan dah pun tahu dan lebih mengetahui daripada saya. Tekan google semua keluar pasal Solat Sunat Dhuha. Betul ke betul?

So, apa yang saya nak kongsikan ini adalah berkisar tentang pengalaman saya dengan Solat Sunat Dhuha ni. Yang ni memang berbeza dari satu individu muslim kepada satu individu muslim yang lain.

Saya masih ingat ketika mana saya tak pernah melakukan solat sunat ni. Well, semuanya ok ajer life with some dugaans. Cumanya selepas meneliti solat sunat dhuha yang dikatakan 'ajaib'. Maka saya pun belajar dan melaukannya secara agak istiqamah.

Tapi dalam kadang-kadang buat dan kadang-kadang tak buat tu, Alhamdulillah, banyak benda yang saya dapat. Contohnya, hati saya semakin tenang. Keluarga bahagia. Duit agak masyuk dan lain-lain lagi.

Then............. saya mula lupa daratan. Saya dah tak buat lagi dah. Life saya kembali kepada biasa dengan beberapa hiccups dalam kehidupan bekeluarga. Duit pun kadang-kala bocor dan sebagainya.

Then, rasa insaf menguasai diri maka saya kembali melakukannya... dan anda tahu tak? Memang ajaib.... sekali lagi kehidupan saya jadi luar dari kebiasaan yang biasa-biasa saya hadapi.

It's difficult to explain tapi mcm tu lah... Natijahnya... jom kita buat solat sunat dhuha dengan istiqamah.

No comments:

Post a Comment